Dasar Privasi
Berkuat kuasa dan dikemas kini: 30 Ogos 2026
Dasar ini menerangkan pengendalian data oleh KadKami.my selaras dengan prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia. Dengan menggunakan platform, anda mengakui pemprosesan yang diterangkan di bawah.
1. Data yang kami kumpulkan
Kami memproses maklumat akaun, nama dan nombor telefon; butiran majlis; kandungan kad; gambar dan fail yang dimuat naik; senarai tetamu dan RSVP; rekod kehadiran check-in tetamu bersama masa imbasan; ucapan guestbook; rekod pembayaran dan resit; tiket bantuan; langganan newsletter; data analitik paparan kad; klik pautan affiliate; serta data teknikal seperti alamat IP, peranti, masa akses dan log keselamatan.
2. Tujuan pemprosesan
Data digunakan untuk menyediakan editor dan pautan kad; mengurus RSVP, senarai tetamu, kad QR dan Papan Majlis; menjalankan check-in tetamu semasa majlis; menghantar follow-up WhatsApp kepada tetamu yang belum menjawab RSVP; mengesahkan pembayaran dan menghantar resit e-mel; memberi sokongan; mencegah penipuan dan spam; menghasilkan analitik operasi; mengurus program affiliate dan kupon diskaun; serta memenuhi kewajipan undang-undang. Kami tidak menjual data peribadi.
3. Data tetamu anda
Senarai tetamu (nama, nombor telefon, e-mel, pembahagian meja dan status kehadiran) dimasukkan oleh pemilik kad sendiri melalui dashboard atau borang RSVP. Data ini hanya boleh dilihat oleh pemilik kad dan pentadbir platform. Pemilik kad bertanggungjawab mendapat kebenaran tetamu sebelum mengumpulkan maklumat mereka. Tetamu yang tidak mahu data mereka diproses boleh menghubungi pemilik kad atau e-mel di bawah.
4. Penyedia perkhidmatan
Data boleh diproses oleh penyedia infrastruktur, pangkalan data, autentikasi, storan, analitik, e-mel dan pembayaran termasuk Supabase dan ToyyibPay mengikut fungsi yang diperlukan. Maklumat pembayaran sensitif diproses oleh penyedia pembayaran dan tidak disimpan sebagai nombor akaun bank lengkap oleh KadKami.my.
5. Perkongsian kad awam
Maklumat yang diterbitkan pada pautan kad boleh dilihat oleh sesiapa yang menerima pautan. Pelanggan bertanggungjawab mengelakkan maklumat sensitif yang tidak sesuai untuk paparan awam.
6. Penyimpanan dan pemadaman
Data akaun dan kad disimpan sepanjang pakej serta tempoh munasabah selepas tamat bagi tujuan pemulihan, audit dan pertikaian. Log transaksi boleh disimpan lebih lama jika diwajibkan undang-undang. Akaun dan data kad boleh dipadam atas permintaan melainkan dikekalkan oleh kewajipan undang-undang.
7. Keselamatan
Kami menggunakan kawalan akses berasaskan peranan, polisi Row Level Security, penyulitan semasa penghantaran, pengesahan input, log audit, penapisan kandungan dan sekatan kadar. Akses API check-in dan Papan Majlis memerlukan pengesahan pemilik kad. Tiada sistem boleh dijamin bebas risiko sepenuhnya.
8. Cookies dan storan peranti
Cookies atau storan setempat digunakan untuk sesi log masuk, persetujuan cookies, draf studio tanpa akaun dan pilihan paparan termasuk bahasa. Draf tanpa akaun berada pada peranti pengguna sehingga dituntut atau dipadam daripada pelayar.
9. Hak anda
Anda boleh meminta akses, pembetulan, eksport, penarikan persetujuan atau pemadaman data melalui halaman Pemadaman Data atau e-mel hai@kadkami.my. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti sebelum memenuhi permintaan.
10. Kanak-kanak dan perubahan dasar
Platform tidak ditujukan kepada individu bawah 18 tahun tanpa pengawasan penjaga. Dasar ini boleh dikemas kini apabila perkhidmatan atau undang-undang berubah; tarikh kuat kuasa terkini dipaparkan di atas.